SELAMAT DATANG

MPV RAYA 2010...kenanagan bersama rakan2

MPV RAYA 2010...kenanagan bersama rakan2

MPV RAYA 2010

Kenangan bersama rakan2 dan ckgu siti tdak kami lupakan..ak sunguh seronok, seumor hidup ak x penah yg sporting macam nie..kami harap ckg dapat mendoakan kami cemerland peperiksaan smp nanti..



Oktober 14, 2009

UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP


Lima Peralatan Untuk Berjaya

Semua orang inginkan kejayaan. Tidak kira apa jantinanya, keturunan, warna kulit, suku kaum, adLima budaya, latarbelakang pendidikan, keadaan ekonomi, atau apa sahaja faktor perbezaaan; semuanya ingin berjaya. Cuma bezanya, ada yang mempunyai keinginan yang membuak-buak, dan ada yang hanya suam-suam kuku sahaja.

Saya percaya, anda adalah antara manusia terpilih yang mempunyai keghairahan yang tinggi untuk berjaya. Jauh di dalam sanubari anda, ada satu perasaan yang kuat untuk membuktikan sesuatu, dan untuk mendapatkan sesuatu. Anda mahu melakukan apa yang anda sukai, ataupun sekurang-kurangnya anda mahu menyukai apa yang anda sedang lakukan. Memang perasaan itu sungguh ketara dalam jiwa anda sekarang.

Kenapa saya berani berkata begitu? Ya, cetusan hati untuk menjamah buku dan membelek-belek buku ini sudah cukup untuk membuktikan kesimpulan saya sebentar tadi. Dalam negara Malaysia ini, berapa peratuskah yang sanggup meluangkan masa bersama buku self help? Saya kira jumlahnya tidaklah begitu banyak (walaupun kadarnya meningkat dengan begitu hebat sekali sekarang!), dan anda adalah yang terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Tahniah saya ucapkan!

Untuk tidak mengecewakan keghairahan anda itu, saya rasa tidak adil untuk memanjangkan lagi pendahuluan perbincangan kita ini. Ya, anda membaca tulisan ini untuk berkongsi dengan saya tentang apakah idea-idea untuk mencapai kejayaan. Dan pada kali ini, saya ingin menerangkan kepada anda lima (5) perkara penting yang anda perlu miliki jika ingin memulakan langkah kejayaan. Perkara-perkara tersebut saya istilahkan sebagai LIMA PERALATAN UNTUK BERJAYA:


1. Peralatan Pertama: Peta yang jelas dan terperinci.
Perjalanan menuju kejayaan adalah umpama satu pengembaraan. Ia bermula daripada satu titik mula dan berakhir di destinasi yang ingin ditujui. Orang yang hendak mengembara mesti membawa peta. Jika tidak, mereka tidak tahu di mana hendak bermula dan di mana hendak berakhir. Begitu juga dengan kejayaan. Anda perlu memiliki ‘peta’ sebelum melangkah ke arah destinasi kejayaan anda. Apakah peta itu? Ya, ia adalah perancangan hidup anda. Apa yang anda inginkan dalam masa setahun nanti? Bagaimana pula dalam masa lima tahun? Sepuluh tahun? Tiga puluh tahun?

‘Peta hidup’ anda mestilah ditentukan secara terperinci. Tentukan persoalan apa, bila, siapa, berapa, dan di mana. Lewis Walker, iaitu bekas Presiden Institut Jururunding Kewangan Berdaftar di Amerika Syarikat berkata, ada satu perkara yang mesti dielakkan dalam membuat sasaran; “Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur”. Beliau berkata, jika anda berniat untuk memiliki sebuah kabin di atas bukit suatu masa nanti, ‘suatu masa’ nanti adalah satu kekaburan. ‘Bukit’ juga suatu kekaburan.

Kenapa begitu? Kerana kekaburan menyebabkan anda tidak jelas bagaimana cara untuk mendapatkannya. Harga tanah di atas bukit pada tahun ini sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan harganya pada 30 tahun akan datang. Begitu juga teknologi dan spesifikasi kabin juga pasti berlainan 30 tahun nanti.

2. Peralatan Kedua: Kompas
Peta tanpa kompas semacam tidak berguna sahaja. Anda perlukan satu alat untuk memberikan anda isyarat tentang di mana anda sekarang, dan ke mana arah yang seterusnya. Begitu juga dengan kejayaan hidup ini.

‘Kompas’ yang saya maksudkan adalah panduan hidup. Ia boleh jadi prinsip-prinsip agama, budi pekerti, norma sejagat, peraturan, undang-undang dan sebagainya. Cuma dalam konteks anda yang sedang mengejar kejayaan peribadi, mentor dan role model adalah antara ‘kompas’ yang perlu anda miliki. Pilihlah mentor di kalangan role model yang telah berjaya dalam bidang yang anda ingin ceburi. Jika anda ingin menjadi seorang artis yang berjaya, anda mungkin boleh menimbang nama-nama seperti Siti Nurhaliza, Mawi, M.Nasir, dan Jamal Abdillah. Kalau anda bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan, mungkin anda patut meneliti nama-nama Syed Mokhtar Al Bukhari, Ananda Krishan, dan Vincent Tan.


Tetapi mungkin mereka hanya sesuai untuk menjadi role model, bukannya mentor. Mentor ialah seseorang yang rapat dan boleh meluangkan masa dengan anda. Lainlah jika anda mempunyai nombor telefon bimbit Siti Nurhaliza dan boleh mengajaknya makan pasembur malam ini, maka anda layak untuk menjadi apprenticenya. Jika tidak, maka carilah mentor yang boleh memberikan komitmen untuk menjadi mentor anda (Atau anda mungkin juga boleh menyertai rancangan Mentor di TV3!- gurau sahaja).

3. Peralatan Ketiga: Perisian Hidup (Life Software) Yang Berguna
Manusia ini adakalanya boleh disamakan dengan komputer. Komputer yang baik dan berguna ialah yang mempunyai pelbagai perisian yang berfaedah dan boleh digunakan (sudah tentu juga perisian yang asli dan dilesenkan!). Bayangkan jika anda diberikan dengan sebuah komputer berspesifikasi terkini- tetapi penuh dengan perisian porno, virus, cecacing, dan bahasa-bahasa penggodam (hacking); sudah tentu ia tidak akan memberikan faedah kepada hidup anda.Begitu juga dengan diri kita semua. Diri anda dan diri saya sekarang mempunyai ribuan program yang telah diinstalkan sejak dari kecil lagi. Bolehkah anda public speaking? Adakah anda seorang yang peramah? Adakah anda bersedia mengambil risiko? Adakah anda seorang yang sensitif? Anda suka Matematik? Anda pemandu berhemat? Anda suka menolong orang?


Itu adalah antara soalan untuk mengesan sebahagian kecil ‘perisian-perisian’ dalam diri anda. Sedar ataupu tidak, ianya akan mempengaruhi kerja dan tindakan kita seharian. Jika kita yakin bahawa kita tidak boleh public speaking, maka kita akan sedaya upaya cuba untuk mengelak daripada melakukannya, bukan begitu? Lebih baik mati daripada berceramah di atas pentas! Seorang kawan saya pernah berkata.

Jadi, jika anda ingin berjaya, buangkanlah perisian-perisian lama yang negatif dalam diri anda. ‘Install’ perisian baru yang dapat membantu perjalanan kejayaan anda. Bagaimana caranya? Ada banyak kaedah yang sukar untuk diterangkan di sini. Carilah buku-buku tentang percubahan sikap dan hidup yang banyak di pasaran. Ataupun anda boleh menyertai modul-modul yang dikendalikan oleh saya di firma bina insan kami. Selamat memiliki program yang baru!

4. Peralatan Keempat: Perisai Yang Perkasa
Perjalanan menuju kejayaan bukanlah semudah membaca artikel ini (walaupun bagi sesetengah orang, membaca artikel seperti ini sudahpun terlalu sukar sekali!). Bermacam ujian dan dugaan pasti akan mendatang; dan anda tidak punya banyak pilihan- melainkan berhadapan dengannya. Ujian dan dugaan boleh datang dalam pelbagai bentuk; contohnya seperti perancangan yang gagal, sabotaj, sumber yang terhad, khianat, konflik dalaman, stress, dengki, perubahan polisi, rintangan masyarakat, dan bermacam lagi.


Untuk menghadapi semua ini, anda perlu mempersiapkan diri dengan pertahanan jiwa yang kental dan kesabaran yang tinggi. Fokuskan kepada matlamat yang diimpikan, dan bukalah minda untuk mengatasi semua yang mendatang. Anggaplah semua dugaan sebagai satu ‘permainan yang menyeronokkan’. Dan setiap kali anda berjaya mengatasinya, berilah ganjaran peribadi sebagai pendorong di masa hadapan kelak. Sepanjang pengalaman saya mengendalikan bengkel menghadapi konflik, menyelesaikan masalah, dan menguruskan stress; saya dapati bahawa orang yang berjaya mempunyai kemahiran yang tinggi untuk berhadapan dengan situasi2 yang getir dalam hidup mereka. Kenapa tidak anda?

5. Peralatan Kelima: Krew-krew Yang Komited
Anda tidak berseorangan, dan anda tidak boleh berseorangan dalam dunia ini. Anda perlukan orang lain, dan begitu juga sebaliknya. Dalam menempa tugu kejayaan, anda tidak boleh mengenepikan faktor ini- teamwork. Anda perlu tahu bagaimana untuk mencipta suasana kerja berpasukan, dan bagaimana untuk bekerja secara berpasukan.


Lain padang, lain belalang. Banyak udang, banyaklah ragamnya. Begitu juga dengan manusia ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah; tahu bagaimana untuk menguruskan kerenah yang berbagai, dan bagaimana untuk membina komitmen yang tinggi di kalangan mereka. Mungkin anda boleh mendapatkan beberapa buku tulisan saya berkenaan dengan kerja berpasukan ini. Ada beberapa edisi yang sudahpun diterbitkan di pasaran.

SAHABAT

SAHABAT SEJATI
Kata sahabat dapat didefinisikan sebagai "kedekatan seseorang akan yang lain karena kasih sayang, rasa hormat, atau saling menghargai; teman yang sangat inti". Yesus mendefinisikan persahabatan sebagai demikian: "Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu .... Aku menyebut kamu sahabat, karena Aku telah memberitahukan kepada kamu segala sesuatu yang telah Kudengar dari Bapa-Ku."


Sahabat adalah seseorang tempat kita berbagi cerita dan yang tak pernah mengkhianati sebuah kepercayaan. Sahabat sejati tidak akan mengeluarkan kata-kata yang melukai hati kita. Jika kita mendengar sekelompok orang Kristen yang mencari-cari kesalahan orang Kristen lainnya, mungkin kita akan bertanya-tanya apa yang mereka katakan tentang kita bila kita tidak berada di depan mereka?


Sahabat sejati adalah orang yang mengetahui segala sesuatu tentang kita dan mengasihi kita seutuhnya. Seorang anak muda menyebut sahabat semacam itu sebagai "seseorang yang selalu setia bersama Anda setelah ia menjadi teman Anda".


Sahabat sejati adalah seseorang yang di hadapannya kita dapat tampil apa adanya tanpa takut terjadi kesalahpahaman. Ia bukanlah orang yang diam-diam membicarakan kita dengan orang lain, melainkan orang yang kepadanya kita dapat membuka rahasia hati, dengan keyakinan bahwa ia tidak akan mengkhianati kita. Sahabat seperti itu adalah Yesus, Pribadi sempurna yang menggenapi perkataan Salomo: "Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu."

Oktober 13, 2009

CINTA

RESEPI RAHSIA CINTA..


1.Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut



2.Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.


4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.



5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..



6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.



7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?



8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.



9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..



10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

September 15, 2009

Mengenali Aku


Hai semua...name ak shazwan. org pngl wan je...
umor bru 17 thun, asal Perak, Daerah Selama 34110.
Sekolah kat SMK Sungai Bayor...Masih single..adik berradik 6 ak anak ke 5, nampak gmbr tu, nak kate genster, x pon..ak baek,
ok la, sory x bnyk sngt nk megenali aku pon, stakat nie aje..Ok bye...



movie-finalfantasy

My geng the best

You all the best

lagu baru

lagu terbaik